search

KHASIAT BAWANG PUTIH: Betul ke boleh ubati semua penyakit?


Bila nak masak masakan Melayu, Cina atau India – perkara pertama kita akan tanya.
”Bawang putih ada tak? Jika takde maka pi la beli cepat!"
Begitulah peranan bawang putih sebagai salah satu rempah serta penyedap rasa masakan kita kan.

Asal Bawang Putih

Sebenarnya bawang putih ni berasal dari Asia Tengah dan Timur Laut Iran. Ada yg kata ianya berasal dari Siberia…macam jauh sangat jer tuh. 

Bawang putih telah digunakan selain daripada masakan adalah sebagai ubatan tradisional sejak mungkin 10,000 tahun dahulu. Ibnu Sina (Avicenna – 980 – 1037 Masehi) seorang doktor perubatan, ahli astronomi dan ahli falsafah terkemuka Islam pernah menulis satu buku perubatan – “Al Qanoon Fil Tib/The Canon of Medicine” – menyatakan bawang putih boleh mengubati beberapa penyakit: arthritis (sakit sendi), jangkitan parasit, sakit gigi, batuk kronik, sembelit, gigitan ular dan serangga, penyakit perempuan/ginekologik dan sebagai antibiotik kepada penyakit berjangkit. Avicenna dianggap Bapa Perubatan Moden Awal Dunia Islam. Hebat!

Kajian zaman sekarang melalui penyelidikan menunjukkan bahawa bawang putih boleh mencegah dan merawat penyakit berikut:
  1. Penurunan faktor risiko penyakit jantung (cardiovascular) 
  2. Penurunan risiko tumor (anti-kanser)
  3. Peranan sebagai antioksida
  4. Peranan sebagai anti-mikrob (merencat/membunuh kuman)
  5. Membantu dalam detoksifikasi sebatian asing dan mengelakkan kerosakan hati (hepatoprotection)

Apa kandungan istimewa Bawang Putih?

Cuba kita ingat waktu kita nak memasak. Adakah bawang putih tu berbau semasa dia di dalam kulitnya? Tidak kan! Kita amik satu ulas bawang putih, buang kulit, basuh dan potong! Haah…perasan tak bila kita potong baru la bau bawang putih yg power tu keluar kan!

Sebenarnya apabila kita potong bawang putih tu, kita telah memecahkan dinding selnya..maka satu sebatian yang bernama “Alliin” akan terkeluar dari sarangnya.

Enzim allinase akan diaktifkan dan menukarkan Alliin (yang tak berbau) kepada “Allicin”…haaa…Allicin ni lah yang memberikan bau ciri-ciri bawang putih tu.

Kajian menunjukkan bahawa masa selama 2-5 minit diperlukan utk enzim tersebut bertindak. Jadi jika kita nak masakan kita berbau sedap paling maksima tu, jangan potong/ketuk dan masukkan terus ke dalam kuali yang panas tu..biarkan sekejap di udara 2-5 minit..haa gitew!

Allicin adalah diallylthiosulfinate..ada sulfur di dalamnya..sebab tu ada org kata bau badan akan jadi “power” bila makan bawang putih tu. He he.Kandungan Allicin adalah dalam julat 16.1 – 130.3 g/kg berat kering.

Minyak Bawang Putih Goreng Power

Harini Ayahku nak bagi satu resepi hadiah cara-cara nak buat “Minyak Bawang Putih Goreng Power”. Memang sedap untuk ditambah ke dalam sup atau apa sahaja masakan berkuah terutama yg menggunakan air dan bukan santan – Mee rebus, Mee sup, Mee goreng etc.

Caranya:

Cekau la 4-5 labu bawang putih. Potong dihujung setiap ulas dan lepas tu hentakkan tangan ke pisau..ikut sisi pisau la my dear..tapi jangan terlalu kuat..nanti terpenyet sgt pulok..just cukup utk tanggalkan kulit jer lah..pastu potong rentas sekitar 0.5 mm tebal..tu maksud nipis la my dear. Tunggu 3-5 minit biar dpt allicin ditahap maksima.

Panaskan minyak (guna minyak jagung) dan goreng dgn api sederhana hingga garing…ingat tu “mesti garing” baru sedap dan crispy. Minyak jgn terlalu banyak sbb kita akan simpan minyak bersama bawang goreng tadi.

Bila dah garing, angkat..sejukkan dan masukkan ke dalam botol kaca..boleh simpan dalam peti sejuk..suhu 20°C  pun dah okay. Bila nak makan, ceduk jer dgn sudu kecil..dan nyam nyam…

Apa kandungan kimia Bawang Putih?

Kandungan bawang putih adalah air, fiber, lipid, protin, karbohidrat (seperti fruktos), vitamin ( terutama C dan A), mineral (spt K, P, Mg, Na, Fe dan Ca), fitosterol, bahan fenolik dan pelbagai bahan organic sulfur (termasuk Allicin yg hebat tadi lah!).

Selepas makan dan dah kenyang baru boleh baca seterusnya..he he.

Apa kesan bawang putih ke atas penyakit jantung (Cardiovascular diseases)?

Pengambilan bawang putih menunjukkan kesan:

1) Penurunan tekanan darah sehingga 80% dari pesakit darah tinggi:

BP boleh turun sehingga 12 mmHg bagi sistolik dan 9 mmHg bagi diastolic. Bagi yang dah lama tak amik kelas bio tu, sistolik adalah tekanan darah terhadap dinding arteri sewaktu jantung mengepam darah..manakala diastolic adalah tekanan darah waktu jantung rehat (diantara dua heartbeat).

2) Mencegah atherosclerosis.

Secara mudahnya mengelakkan pembentukan lemak, kolesterol atau apa-apa bahan di dinding arteri lah..yg kita panggil “plaque”. Plaque akan menyebabkan arteri jadi sempit dan menghalang pengaliran darah…hu hu.


3) Penurunan serum kolesterol dan trigliserida.

Ini lah yang kita duk sukat HDL dan LDL (high- and low-density lipoprotein cholesterol) dalam darah tu. Doktor akan cakap, “Ni awak punya HDL ok..tapi kolesterol jahat (LDL)..agak tinggi!”..itu la dianya.


4) Perencatan pengagregatan platelet (Inhibition of platelet aggregation).

5) Penambahan aktiviti fibrinolitik (Increasing fibrinolytic activity).

Fibrinolitik ni adalah untuk menghalang pembekuan darah..seperti kita makan ubat cair darah tu la…senang nak faham..he he.

Bagaimana peranan bawang putih dalam menghalang dan merawat penyakit kanser?

Bawang putih dikatakan satu-satunya makanan yang mempunyai kuasa dalam mengubati kanser: 
  1. merencatkan pertumbuhan sel kanser
  2. kesan pencegahankemo (chemopreventive effects)

Fuuhh..ayahku rasa cukup dulu buat kali ini.



Semoga kita semua dijauhkan dari segala penyakit. Aameen.
Harap dapat memberi manfaat.


Ayahku
Terima kasih

Nota:
Sumber foto dari Google dan paper.









Your cart is currently empty.

Continue shopping