search

Cara Mudah untuk Menentukan Jenis Kulit

Pernah tak rasa susahnya nak pilih skin care yang serasi dengan kulit. Ada yang recommend brand ini bagus. Kulit dia pun flawless sangat bila pakai. Bila kita nak pergi beli sendiri pening banyaknya jenis yang ada. 

Ambil contoh Hada Labo. Sudahlah ada macam-macam jenis, warna. Macam mana nak pilih ni???

Stress kan bila berhadapan situasi begini? Relax… Jangan cepat putus asa. Mari kita sama-sama belajar cara untuk tahu jenis kulit, jadi mudahlah nak pilih skin care yang sesuai dengan skin type kita.

Apakah kepentingan mengenalpasti  jenis kulit (skin type)?

Skincare yang ada di pasaran di formulasikan mengikut jenis kulit. Ini kerana, setiap skin type mempunyai keperluan yang berbeza. Dengan mengetahui jenis kulit, lebih mudah untuk memilih skincare dengan bahan aktif (active ingredients) yang sesuai. Tak lah membazir asyik cuba macam-macam jenis tapi tak berkesan.

Bagaimana menentukan jenis kulit?

Cara yang tepat untuk mengetahui jenis kulit adalah dengan membuat pemeriksaan menggunakan skin analyzer yang dilakukan oleh Dermatologist yang diiktiraf. Alat ini bukan sahaja mampu menentukan jenis kulit, malahan mampu mengenalpasti skin condition seperti aging skin, hyperpigmentation, acne prone dan banyak lagi.

Tapi tak semua orang mampu untuk mendapatkan khidmat Dermatologist. Jadi boleh ikuti langkah mudah ini.

Langkah Mudah Menentukan Jenis Kulit

  1. Cuci muka menggunakan Cleanser biasa.
  2. Biarkan kulit selama 30 minit tanpa memakai apa-apa skincare.
  3. Selepas 30 minit, rasa kulit di setiap bahagian muka.

Keputusan

  • Tidak terlalu kering atau berminyak – KULIT NORMAL ( NORMAL SKIN)
  • Kering
    • Tegang, gatal dan flaky – KULIT KERING (DRY SKIN)
    • Tak selesa dan kemerahan (redness) – KULIT SENSITIF (SENSITIVE SKIN)
  • Berminyak
    • Seluruh wajah – KULIT BERMINYAK (OILY SKIN)
    • T-zone – KULIT KOMBINASI (COMBINATION SKIN)

skin type.jpg


#BeYouTips

Mesti ramai yang pernah mengalami situasi di mana skin care yang dahulunya holy grail tidak lagi memberikan kesan sama yang diharapkan. 

Jenis kulit juga boleh berbah dipengaruhi oleh faktor luaran atau dalaman seperti hormon, persekitaran, pemakanan dan pengambilan ubat- ubatan. Sebagai contoh, keadaan kulit berubah-ubah di negara 4 musim. Begitu juga pengambilan ubat perancang atau steroid. Perubahan hormon seiring dengan usia juga boleh menyumbang kepada perubahan jenis kulit. 


Description: skin type (1).jpg

Jadi, cara ini boleh dilakukan dari semasa ke semasa untuk sentiasa update dengan keperluan kulit.

Akhir sekali, minum air kosong secukupnya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kulit yang kekal terhidrat lebih mudah menyerap segala kebaikan yang dibekalkan oleh skincare.


Noony,
#TheBeYouTips




Your cart is currently empty.

Continue shopping